Saturday, January 12, 2013

Aku #57


"Daddy, kenapa tuhan cipta angin?"



Tanya anak perempuan kecil molek berambut hitam pekat curly ala-ala Zooey Deschanel yang berumur dua-belas tahun dengan mata bulat kebiru-biruan itu.



"Untuk manusia bernafas la sayang." Jawabnya sambil menonton television 3D.



"Kenapa tuhan tak buat paru-paru boleh bernafas tanpa angin?"



Dia mula berhenti menyaksikan rancangan menarik pada masa itu dan berkata kepada anaknya



"Kenapa tuhan takdirkan Daddy dengan Mummy?"



Anaknya senyum dan membalas.



"Sebab cinta?"



"Kenapa tuhan tak jadikan cinta tu sahaja, tanpa hati pun boleh ada cinta." Balasnya.



"Haha sebab kalau Daddy tak ada hati, macam mana Daddy nak rasa cinta tu dekat Mummy." Sambil gelak kecil dan gigi dibahagian atas mengigit bibir di bahagian bawah.



"Sebab itu gunannya angin, tuhan nak paru paru sentiasa cari angin untuk terus hidup." Balasnya si bapa.



"Kalau hati ni, tuhan suruh suapkan dengan cinta kalau nak terus hidup and sebab itu Daddy terus hidup bahagia dan sihat sampai sekarang." Balasnya lagi sambil mengusap kepala si anak.



Sambil memeluk pinggang dan mengucup pipi si isterinya yang baru sahaja pulang dari kerja dan terus duduk di atas ribanya.



(-:

2 comments:

mewra said...

Comel kid :)

Kid. said...

Haha ni sumpah tulisan paling mengarut.