Orang-orang.
Kerja ditengah sawah,
burung-burung sekalian gentar,
tiada rupa malah hati,
bukan senang nak diterima orang ramai,
Lagi-lagi kalau yang masih bersusu.
Kau pakaikan lah aku baju cantik,
seluar biru dan kasut berkilat,
hias seribu kali pun masih lagi sama,
rupa mungkin berubah tetapi hati masih,
Lansung tiada rasa sayang, sedih ini tuhan sahajalah yang tahu.
No comments:
Post a Comment