Saturday, January 12, 2013

Aku #58


"Budak."

Aku #57


"Daddy, kenapa tuhan cipta angin?"



Tanya anak perempuan kecil molek berambut hitam pekat curly ala-ala Zooey Deschanel yang berumur dua-belas tahun dengan mata bulat kebiru-biruan itu.



"Untuk manusia bernafas la sayang." Jawabnya sambil menonton television 3D.



"Kenapa tuhan tak buat paru-paru boleh bernafas tanpa angin?"



Dia mula berhenti menyaksikan rancangan menarik pada masa itu dan berkata kepada anaknya



"Kenapa tuhan takdirkan Daddy dengan Mummy?"



Anaknya senyum dan membalas.



"Sebab cinta?"



"Kenapa tuhan tak jadikan cinta tu sahaja, tanpa hati pun boleh ada cinta." Balasnya.



"Haha sebab kalau Daddy tak ada hati, macam mana Daddy nak rasa cinta tu dekat Mummy." Sambil gelak kecil dan gigi dibahagian atas mengigit bibir di bahagian bawah.



"Sebab itu gunannya angin, tuhan nak paru paru sentiasa cari angin untuk terus hidup." Balasnya si bapa.



"Kalau hati ni, tuhan suruh suapkan dengan cinta kalau nak terus hidup and sebab itu Daddy terus hidup bahagia dan sihat sampai sekarang." Balasnya lagi sambil mengusap kepala si anak.



Sambil memeluk pinggang dan mengucup pipi si isterinya yang baru sahaja pulang dari kerja dan terus duduk di atas ribanya.



(-:

Sunday, December 23, 2012

Aku #56


Macam mana kalau kita semua salah,
macam mana kalau mereka semua betul,

Semua kita buat tak betul,
dah memang tak boleh patah balik masa tu,

dah terlambat,
aku takut.

Monday, November 26, 2012

Aku #55

Hari abang ditemani adiknya pergi menyasikan kugiran kegemaran mereka menaiki motorsikal bapa mereka, terima kasih kepada Urbanscapes for bring an ambient/post-rock band from Reykjavík, Iceland; Sigur Rós to Malaysia. 
































Now I feel like my life is totally complete, I'm gonna tell this to my kids one day. 

Thursday, November 22, 2012

Aku #54

Tajuk kita hari ini; "Harga kawan-kawan".


I'm a little bit disappointed with the payment for the video commercial that I made two/three weeks ago, mostly aku habiskan masa aku dengan meng-edit video berjam jam tanpa tidur dan demam.


Okay here the usual price for the video, usually kalau kahwin orang akan bayar MYR1000++ for one video tak kisah la anda professional or amateur. But for the commercial pula people akan bayar MYR400/500 per minute. So belum campur dari Shah Alam ke Kuala Lumpur menaiki train ulang-alik for the video semua tu, itu aku tak berapa nak kisah lah. Sampai demam-demam pun pergi juga, kawan punya pasal anything will do kan?


So my client pun cakap,


"I bayar my past worker MYR600 for montage video, event video and photography."


Let me break it down for you, MYR600 with wrong spelling and ntah apa-apa montage plus with gambar like gambar mentah from camera then yes memang patut. Kalau lah aku bagi video dan tak mahu lansung dengar comment dia and aku nak video tu semua idea dari aku tanpa persetujuaan si aunty tu then aku okay, but if satu video dua tiga kali edit sebab tak puas hati nak juga ikut kata client macam mana? Masa event pun kena turun tangkap gambar and record video lagi so berapa aunty boleh bagi?


Finally,


I made four videos each video approximately one minute beserta dengan photography and harga kawan-kawan ialah MYR250.


Thank you.




Sila tukar kepada 720p, high-definition view. 

Monday, November 5, 2012

Aku #53

Selamat pagi,
lewat malam dan awal pagi ni buat aku nak tulis something pula.


Orite, ready?


There are four kinds of people in this world;

Manusia yang ada idea tetapi tinggal bersama keluarga yang sederhana.
Biasanya mereka ni suka window shopping, tengok Hypebeast, buang masa puji barang orang sebab tak mampu nak beli barang macam tu. Cepat sahaja tahu apa yang trending, tapi tak ada duit nak beli dan dari itu mereka mula lah menabung. Nak beli high quality replica Supreme panel cap pun paling cepat sebulan baru boleh angkut, belum kira tempoh shipping lagi, masa nak pergi bank-in lagi. At the end of the day dapat dekat jenis manusia jenis kedua.


Manusia yang tiada idea tetapi tinggal bersama keluarga yang mewah.
Jenis manusia yang kejam dan suka menunjuk, macam sial. Kau dah ada duit, apa kisah? Copycat sahaja lah, banyaknya tahu information dari rakan yang berjenis nombor satu.


Manusia yang ada idea dan tinggal bersama keluarga yang mewah.
Sumpah dia ni paling beruntung atas dunia ni, itu je aku boleh cakap.


Manusia yang tiada idea dan tinggal bersama keluarga yang sederhana.
Mat rempit.


Aku serious.

Saturday, November 3, 2012

Aku #52

Hey guys, dah lama benar aku nak post ni tapi yeah malu; follow my Instagram (k666d).
And,




Seriously you need to watch this video, video dah lama tapi tengok banyak kali still terkencing dalam seluar.

Wednesday, October 31, 2012

Aku #51


Kalau kau kata hidup kau pahit, maka peria itu masih lagi dikalangan manis.

Aku #50



A good writing comes with a good background music, jokes.




______________________________________________________________________________________________


"Jika esok hari aku mati, kau tuliskan lah aku satu cerita atau sebuah lagu atau empat perenggan puisi atau satu baris perkataan atau satu perkataan untuk aku atau satu senyuman di depan kubur aku."

______________________________________________________________________________________________



Pada suatu hari,
nak dikatakan hidupnya tak ada lah susah dan tak ada lah senang. 
Bak kata ibunya; 

"Kami tak pernah lapar."

Dibesarkan oleh dua manusia mulia yang berkahwin pada umur muda,
si bapa bekerja di kedai snooker dan si ibu sebagai tukang gunting rambut yang terletak di bangunan yang sama dengan tempat bekerja si suami yang mempunyai seorang cahaya mata pada umur dua-puluh-satu tahun.

Anaknya kecil, minum susu mahal dan suka membuat hati ibu bapanya runsing.


Anaknya semakin membesar dan tidak cukup didikan akhlaknya.


Anaknya membesar suka merayau, melawan, menumbuk muka rakan apabila kakinya disepak oleh rakan ketika bermain bola di padang.


Anaknya semakin membesar suka mencuri, sudah mula hisap rokok murah.


Anaknya membesar, membuat ibu bapanya sudah tiada harapan untuk hidup.


Anaknya syaitan, macam bodoh menyusahkan orang ramai. Dibenci jiran, dibenci cikgu dan pada satu masa dibenci oleh rakan-rakanya sendiri sehingga tiada seorang pun peduli akan dia lagi.

Jujurnya,
jika aku dilahirkan sebagai bapanya, sumpah aku tak akan sempat merasa hidup di "Kie Eyl", bunuh diri atau sengaja memotong brek kereta sehingga terlibat dengan kemalangan di Batu Enam Terengganu.

Dan,

jika aku dilahirkan sebagai ibunya, sumpah aku akan sengaja menikam diriku menggunakan pisau pemotong bawang ketika memasak masakan tengah hari.


Mujurlah "tuhan" mencipta satu benda yang dinamakan sebagai akal.
Kalau tidak, anak mereka itu pasti tidak dapat menulis cerita yang membosankan ini.


Terima kasih Mohd Zawawi Bin Haji Deraman dan Zaimah Binti Abd. Aziz.

Saturday, October 27, 2012

Aku #49

Minta maaf semua, aku agak busy sekarang dengan kerja-kerja baru. Tak ada masa untuk update blog, kalau ada pun aku ada benda lain nak buat.

Sekarang aku bekerja dengan brand rugby "Strike" sebagai designer dan as pembantu designer for Epul's clothing iaitu "No Future" sementara cuti semester.





Ini tanda aku minta maaf, sila lah main. Sumpah, sangat menyeronokkan.